MAIWP Kids

Pengenalan

Tadika MAIWP Kids (TMK) adalah salah satu inisiatif MAIWP dalam memperkasakan institusi pendidikan awal kanak-kanak berkonsepkan Tadika Islam Moden. TMK mula beroperasi pada Mac 2022 di TMK Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). TMK memberi penekanan kepada pendidikan digital dan interaktif melalui Future Classroom yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan digital seperti Smart TV, Smart Board, rangkaian internet dan pelbagai kelengkapan terkini.

MAIWP mensasarkan 10 buah TMK yang akan dibangunkan di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. TMK adalah berbeza daripada Tadika Permata MAIWP (TPM) daripada pelbagai sudut termasuklah waktu operasi bermula dari 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Di sebelah petang, murid-murid akan mengikuti Kelas Pengajian Petang (KPP) yang menyediakan pelbagai program pendidikan dalam bentuk aktiviti dan modul menarik.

Dari sudut pelaksanaan pembelajaran, TMK menawarkan kelainan dan tambah nilai bagi membentuk identiti khusus untuk anak-anak di TMK. Bahasa penyampaian dan komunikasi lebih mengutamakan Bahasa Inggeris sebagai persediaan melangkah ke peringkat sekolah rendah.


Kadar yuran yang ditetapkan hanyalah RM300.00 (termasuk yuran bulanan) adalah sangat berpatutan dengan perkhidmatan dan prasarana yang disediakan.

Hubungi MAIWP Kids Taman Tun Dr. Ismail

Alamat
Tadika MAIWP Kids TTDI,
Persiaran Abang Haji Openg, Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


013 - 8846 672
03 - 4044 9444
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.30 petang
Sabtu - Ahad : Tutup

Hubungi MAIWP Kids Sumayyah

Alamat
Jalan Danau Lumayan 1,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


013 - 8846 672
03 - 4044 9444
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.30 petang
Sabtu - Ahad : Tutup

Hubungi MAIWP Kids Intan Baiduri

Alamat
Taman Intan Baiduri,
52100 Kuala Lumpur,
Federal Territory of Kuala Lumpur


013 - 8846 672
03 - 4044 9444
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.30 petang
Sabtu - Ahad : Tutup
TOP