Permata MAIWP

Pengenalan

Tadika Islam telah diserahkan secara rasminya oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkuatkuasa pada 1 Januari 2009. Ini berdasarkan keputusan Mesyuarat MAIWP kali ke-104 tahun 2008. Serentak dengan itu, 78 buah tadika islam iaitu 74 buah di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta 4 di Wilayah Persekutuan, Labuan ditadbir secara langsung oleh MAIWP.

Majlis penyerahan secara rasminya telah disempurnakan pada 18 Mac 2009 yang disempurnakan oleh YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP ketika itu.  Simbolik penyerahan ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Meharomi bin Haji Muhamad, Timbalan Pengarah (pengurusan) JAWI kepada YBhg. Tuan Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Objektif



Melaksanakan program pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun dengan mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

Memupuk dan melengkapkan sifat peribadi (sahsiah), perwatakan dan konsep diri yang positif serta mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak.

Menyediakan suasana pembelajaran yang berorientasikan "Belajar Melalui Bermain" (learning through play) dalam usaha mengembangkan kemahiran asas dan potensi kanak-kanak dalam segala aspek perkembangannya sebagai persediaannya untuk memasuki alam persekolahan yang sebenar (formal).

Melahirkan generasi ulul albab yang cemerlang dan mempunyai sahsiah mulia di masa hadapan selaras dengan pembentukan modal insan yang berkualiti.

Hubungi Permata MAIWP

Alamat
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),
Menara MAIWP,
No. 55, Lorong Haji Hussein 2,
50300 Kuala Lumpur


03-2639 9000
03-2639 9900
Isnin - Jumaat : 9.00 pagi - 5.30 petang
Sabtu - Ahad : Tutup
TOP