Sejarah Penubuhan MAIWP

Maijlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah ditubuhkan pada 1 Februari 1974 bersempena dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penubuhannya adalah untuk menjaga hal ehwal agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sebelum ini diletakkan di bawah kerajaan negeri Selangor.

MAIWP juga bertanggungjawab menguruskan hal ehwal umat Islam di Labuan dan Putrajaya berikutan pengumumannya sebagai Wilayah Persekutuan masing-masing pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001.

Penubuhan MAIWP dinyatakan dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Pentadbiran. Undang-undang Islam (Wilayah). (Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

Perkara 3 (5) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa: “Walau apa pun jua di dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan untuk mengawal hal ehwal agama Islam dan untuk menubuhkan sebuah Majlis untuk menasihati Dewan Rakyat mengenai perkara yang berkaitan dengan Islam.”

Seksyen 4 (1), Akta 505 selanjutnya menyatakan: - "maka hendaklah ada suatu badan yang dikenali sebagai "Majlis Agama Islam Wilayah Pesekutuan", untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara yang berhubungan dengan agama Islam."

Bidang kuasa MAIWP dijelaskan melalui Seksyen 31, Akta 505 yang menyatakan; “Pertubuhan ini harus membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dalam hal ehwal Islam di semua Wilayah Persekutuan, kecuali Undang-undang Syarak serta mengawal keadilan, dan dalam semua perkara yang serupa menjadi parti pemerintah utama di semua Wilayah Persekutuan sebelum Baginda Raja, melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Akta tersebut.

TOP