Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA-MAIWP KL)

Pengenalan

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) ditubuhkan hasil daripada Mesyuarat MAIWP Kali Ke-96 yang bersidang pada 28 Julai 2006 yang bersetuju agar MAIWP menubuhkan sekolah di Wilayah Persekutuan.

Objektif penubuhan sekolah ini ialah bagi membuka peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) melanjutkan pelajaran di peringkat menengah sebagai kesinambungan pendidikan agama di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan. Selain itu, ia juga bagi menampung permintaan masyarakat yang tinggi terhadap sekolah menengah agama.

SMA MAIWP mula beroperasi pada 22 Januari 2007 di premis sementera di satu blok bangunan Sekolah Rendah Agama (SRA) Othmaniah, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 23 orang, 7 orang kakitangan dan 183 orang pelajar yang telah dipilih bagi sesi pertama persekolahan 2007. Pada Jun 2013, SMA MAIWP telah berpindah ke premis tetap di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

Pada 25 Oktober 2010, MAIWP menanda tangani perjanjian persefahaman dengan Kementerian Pendidikan Malaysia menjadikan SMA MAIWP sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang melaksanakan kurikulum kebangsaan yang diintegrasikan dengan kurikulum thanawi.

Bermula tahun 2015, SMA MAIWP telah melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) yang telah diperkenalkan oleh KPM. Pada peringkat awal, pelaksanaan ini hanya melibatkan murid-murid tingkatan 1 sahaja.

Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


Moto

"Berilmu Beramal"

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Hubungi SMA-MAIWP KL

Alamat
Bandar Sri Permaisuri,
Cheras 56000 KUALA LUMPUR


03 - 9171 3661
03 - 9171 2661
Isnin - Jumaat : 7.30 pagi - 5.00 petang
Sabtu - Ahad : Tutup
TOP