Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP (SMISTA)

Pengenalan

Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) mula beroperasi pada 3 Januari 2011 di bangunan sementara iaitu berkongsi bangunan Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA MAIWP) di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur dengan pengambnilan pelajar seramai 55 orang.

Penubuhan SMISTA sebagai sekolah akademik dan tahfiz yang pertama di Wilayah Persekutuan ini adalah hasil Mesyuarat MAIWP Kali Ke-94 pada 27 Julai 2009. Penubuhannya adalah untuk memenuhi permintaan dan kehendak masyarakat yang telah sekian lama ingin melihat agar wujudnya sebuah sekolah agama integrasi sains & tahfiz di peringkat Wilayah Persekutuan, terutamanya di Kuala Lumpur.

Dasar yang dilaksanakan di sekolah ini adalah berteraskan 2 kurikulum iaitu Kurikulum Perdana dan Kurikulum Tahfiz. Pada 6 Ogos 2014, MAIWP menanda tangani perjanjian persefahaman dengan Kementerian Pendidikan Malaysia menjadikan SMISTA sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Sehingga hari ini, jumlah pelajar SMISTA adalah seramai 296 orang manakala bilangan guru seramai 30 orang dan 7 orang staf.

Visi

Membentuk generasi Al-Quran yang intelek bertaqwa dan berdaya saing dalam era globalisasi


Misi

Membangunkan potensi diri secara menyeluruh ke arah pemurnian jiwa selaras dengan prinsip Al-Quran dan Al-Sunnah untuk melahirkan generasi rabbani yang seimbang


Moto

Intelek, Dinamik, Quranik

Objektif

  • Melahirkan individu Muslim yang berilmu, berkemahiran tinggi, beriman, bertaqwa dan bertanggung jawab kepada agama, bangsa dan negara.
  • Melahirkan individu Muslim yang mempunyai daya tahan dan daya juang yang tinggi untuk membangunkan ummah dan menegakkan keagongan dan kesucian Islam.
  • Melahirkan generasi Ulul Albab yang memahami dan sentiasa menghayati tuntutan Al-Quran dalam segenap aspek kehidupan.
  • Melahirkan modal insan kelas pertama yang cemerlang bukan sahaja di dunia mahupun di akhirat.

Hubungi Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz

Alamat
D/A Masjid Saidina Othman Ibn Affan Bandar Tun Razak,
Cheras 56000 Kuala Lumpur


03 - 9171 1005
03 - 9171 1499
Isnin - Jumaat : 9.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu - Ahad : Tutup
TOP