Zakat Fitrah

Syarat Wajib Zakat Fitrah

Orang Islam yang merdeka wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:


Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi raya.


Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.

Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.



Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan.

Lafaz Akad Fitrah

“Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah sebanyak RM …. wang wajib bagi diriku pada tahun Ini kerana Allah Ta’ala.”


Diri Sendiri

“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak RM …….. yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala”


Diri dan tanggungan

“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak RM …….. yang wajib bagi diri dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala”


Bagi Pihak

“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak RM …….. yang wajib bagi ………. pada tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala”

Doa Saat Menerima Zakat Fitrah

آجَرَكَ اللَّهُ فِيْمَا أعْطَيْتَ وَجَعَلَهُ لَكَ طَهُورًا وَبَارَكَ لَكَ فِيْمَا أَبْقَيْتَ

Ajarakallahu fiimaa a'thaita wa ja'alahuu laka thahuuraa wa baaraka laka fiimaa abqaita.

Semoga Allah memberikan pahala atas apa yang engkau berikan, menjadikannya pembersih bagimu serta memberkahi atas harta yang kau simpan

Jadual Pembayaran Zakat Fitrah

Satu (1) Fitrah sebanyak satu (1) gantang Baghdad bersamaan 2.6 Kilogram beras bernilai RM5.00 / RM7.00 / RM14.00


Jumlah Pembayar (RM)
1 orang 5.00 7.00 14.00
2 orang 10.00 14.00 28.00
3 orang 15.00 21.00 42.00
4 orang 20.00 28.00 56.00
5 orang 25.00 35.00 70.00
6 orang 30.00 42.00 84.00
7 orang 35.00 49.00 98.00
8 orang 40.00 56.00 112.00
9 orang 45.00 63.00 126.00
10 orang 50.00 70.00 140.00
11 orang 55.00 77.00 154.00
12 orang 60.00 84.00 168.00
13 orang 65.00 91.00 182.00
14 orang 70.00 98.00 196.00
15 orang 75.00 105.00 210.00
16 orang 80.00 112.00 224.00
17 orang 85.00 119.00 238.00
18 orang 90.00 126.00 252.00
19 orang 95.00 133.00 266.00
20 orang 100.00 140.00 280.00


TOP