Bantuan Zakat Untuk Ekonomi

MAIWP menyediakan pelbagai program agihan zakat bagi membantu melindungi para asnaf. Dapatkan maklumat, borang dan tatacara permohonan di bawah;

Syarat Bantuan

Anda boleh semak dan tentukan jika anda layak untuk menerima bantuan agihan zakat.

Borang Permohonan

Semak dan muat turun borang permohonan, isikan maklumat dan bawa bersama anda ke kaunter.

Kaunter Permohonan

Anda boleh memohon bantuan di semua kaunter cawangan Pusat Agihan Zakat (PAZA).

Bantuan Perniagaan

Tujuan

Membantu asnaf yang ingin berdikari dengan menjalankan perniagaan untuk mempertingkatkan taraf ekonomi mereka.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Al-Gharimin.

Kadar Bantuan
  • Individu - Kadar bantuan maksimum RM 50,000.00
  • Agensi - Mengikut keperluan semasa berdasarkan kepada aktiviti
Syarat Khusus
  • Perniagaan adalah sumber pendapatan dalam meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga.
  • Telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Mendapat tempat dan kebenaran/ lesen dari pihak berkuasa seperti berikut:
    • Lesen penjaja statik dari PBT (jika melibatkan geran PBT);
    • Permit sementara pasar malam PBT (Bagi peniaga pasar malam sahaja);
    • Lesen pasar tani (Bagi peniaga pasar tani sahaja);
    • Pendaftaran perniagaan (jika premis tersebut tidak melibatkan kawasan penjaja PBT / pasar tani / pasar malam);
    • Kebenaran bertulis dari persatuan penduduk.
  • Permohonan bantuan perniagaan secara direct selling, Multi Level Marketing (MLM), insurans dan jenis perniagaan yang tidak diharuskan syarak adalah tidak dipertimbangkan.
  • Bantuan diberi dalam bentuk modal pusingan atau peralatan perniagaan.
  • Premis perniagaan boleh samada di dalam / luar Wilayah Persekutuan.
  • Menandatangani surat aku janji bagi penerima bantuan yang telah diluluskan permohonannya.
  • Boleh dipertimbangkan bantuan melalui kerjasama dengan agensi-agensi yang menjalankan aktiviti keusahawanan.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada pemohon / pembekal peralatan atau agensi yang dilantik.

Bantuan Pertanian / Perikanan / Penternakan

Tujuan

Membantu asnaf yang ingin berdikari dengan menjalankan aktiviti pertanian atau perikanan atau penternakan bagi mempertingkatkan taraf ekonomi mereka.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf & Al-Gharimin.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan maksimum RM 20,000.00

Syarat Khusus
  • Pertanian / perikanan / penternakan adalah sumber pendapatan dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi keluarga.
  • Mempunyai tapak operasi dan kebenaran/ lesen dari pihak berkuasa.
  • Bantuan diberikan dalam bentuk modal atau peralatan.
  • Lokasi pertanian / perikanan / penternakan boleh samada di dalam / luar Wilayah Persekutuan.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada penerima / pembekal atau agensi yang dilantik.

Bantuan Pembelian Kenderaan Perniagaan Dan Perkhidmatan

Tujuan

Membantu menyediakan pembelian / deposit pembelian kenderaan kepada asnaf untuk mengusahakan perniagaan / perkhidmatan bagi mempertingkatkan taraf hidup.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Al-Gharimin.

Kadar Bantuan
  • Foodtruck dan lain-lain kenderaan - Tertakluk kepada maksimum 10% daripada harga semasa.
  • Motosikal - Maksimum RM 8,000.00.
Syarat Khusus
  • Perniagaan atau perkhidmatan yang dijalankan merupakan sumber utama pendapatan pemohon.
  • Mendapat kebenaran menjalankan operasi perniagaan.
  • Mempunyai dokumen-dokumen yang berkaitan.
  • Had umur kelayakan tidak melebihi 70 tahun.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada pembekal yang dilantik.

Bantuan Motosikal Orang Kelainan Upaya

Tujuan

Memberi bantuan pembelian motosikal kepada orang kelainan upaya (fizikal) untuk tujuan perniagaan atau pergerakan seharian.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Al-Gharimin.

Kadar Bantuan

Maksimum bantuan RM 15,000.00.

Syarat Khusus
  • Mempunyai lesen memandu.
  • Mempunyai kad pengenalan orang kelainan upaya (OKU) fizikal.
  • Permohonan bantuan motosikal OKU adalah bertujuan sepertimana berikut:
    • Pergerakan seharian
    • Operasi perniagaan
  • Mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk tujuan pengubahsuaian.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada pembekal yang dilantik.

Bantuan Latihan Kemahiran Industri

Tujuan

Membantu asnaf untuk menyambung pengajian di Institusi Latihan yang menyediakan pengajian kemahiran dan peluang pekerjaan.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Fisabilillah.

Kadar Bantuan
  • Maksimum kadar elaun RM 700.00 sebulan.
  • Kadar yuran adalah mengikut kos yuran pengajian semasa di Institusi latihan berkenaan
Syarat Khusus
  • Institusi latihan yang menyediakan bidang pengajian dalam bentuk kemahiran dan menyediakan peluang pekerjaan setelah tamat tempoh pengajian.
  • Bidang pengajian dan institusi latihan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan tidak bertentangan dengan Hukum Syarak.
  • Bantuan juga diberikan kepada bekas pelajar / pelatih / penghuni di bawah institusi-institusi MAIWP dengan mengambilkira had kifayah.
  • Tempoh masa tertakluk kepada latihan/ program yang ditetapkan.
  • Tidak mendapat biasiswa / elaun/ tajaan penuh daripada mana-mana pihak.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada institusi latihan berkenaan.

TOP