Bantuan Zakat Untuk Pembangunan Ummah

MAIWP menyediakan pelbagai program agihan zakat bagi membantu melindungi para asnaf. Dapatkan maklumat, borang dan tatacara permohonan di bawah;

Syarat Bantuan

Anda boleh semak dan tentukan jika anda layak untuk menerima bantuan agihan zakat.

Borang Permohonan

Semak dan muat turun borang permohonan, isikan maklumat dan bawa bersama anda ke kaunter.

Kaunter Permohonan

Anda boleh memohon bantuan di semua kaunter cawangan Pusat Agihan Zakat (PAZA).

Agensi / Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Tujuan

Menyediakan sumber kewangan kepada organisasi tidak berorientasikan keuntungan (NPO) bagi menjalankan program/ aktiviti yang bermanfaat dan tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf, Fisabilillah, Ar-Riqab, Al- Gharimin dan Ibn Sabil.

Kadar Bantuan
  • Penerima Manfaat Dalam Wilayah Persekutuan
    Maksimum RM5 juta setahun bagi satu-satu agensi
  • Penerima Manfaat Luar Wilayah Persekutuan
    • Bagi permohonan berjumlah RM200,000.00 ke atas akan diluluskan oleh Jawatankuasa Baitulmal Wilayah Persekutuan.
    • Bagi permohonan berjumlah RM200,000.00 ke bawah akan diluluskan oleh Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
Syarat Khusus
  • Diwujudkan atau berdaftar dengan mana-mana pihak yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Skop Bantuan
    • Program/ aktiviti yang berunsur dakwah dan kebajikan
    • Program/ aktiviti berkaitan musibah/ bencana alam dan misi kemanusiaan
    • Pengurusan dan operasi
  • Bidang Keutamaan / kluster
    • Dakwah dan Syariah
    • Pendidikan dan Kesihatan
    • Pembangunan Ummah, Sosioekonomi dan Kebajikan
    • Pembangunan Ekonomi
    • Pembangunan Sosial dan Masyarakat
    • Perundangan dan Hak Asasi
  • Permohonan daripada mana-mana agensi / pertubuhan dari Luar Wilayah Persekutuan/ Luar Negara layak dipertimbangkan
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada agensi berkenaan.

Institut Tahfiz Dan Rumah Perlindungan

Tujuan

Membantu menyediakan sumber kewangan kepada aktiviti pendidikan / pemulihan / perlindungan / kebajikan bagi membiayai kos operasi dan pengurusan.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf, Fisabilillah, Ar-Riqab dan Al- Gharimin.

Kadar Bantuan
  • Belanja Pengurusan dan Kebajikan pelajar maksimum RM500,000.00.
  • Belanja aktiviti/ program tertakluk kepada keperluan.
Syarat Khusus
  • Permohonan daripada mana-mana institusi/ rumah perlindungan dari Luar Wilayah Persekutuan/ Luar Negara layak dipertimbangkan.
  • Berdaftar dengan mana-mana pihak yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Mempunyai pusat pengajian / bangunan asrama.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada institusi/ rumah perlindungan berkenaan.

TOP