Bantuan Zakat Untuk Pendidikan

MAIWP menyediakan pelbagai program agihan zakat bagi membantu melindungi para asnaf. Dapatkan maklumat, borang dan tatacara permohonan di bawah;

Syarat Bantuan

Anda boleh semak dan tentukan jika anda layak untuk menerima bantuan agihan zakat.

Borang Permohonan

Semak dan muat turun borang permohonan, isikan maklumat dan bawa bersama anda ke kaunter.

Kaunter Permohonan

Anda boleh memohon bantuan di semua kaunter cawangan Pusat Agihan Zakat (PAZA).

Bantuan Am Persekolahan

Tujuan

Membantu meringankan beban persekolahan anak-anak golongan asnaf bagi mendapatkan peluang pendidikan yang sempurna.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Fisabilillah.

Kadar Bantuan
  • Darjah 1-3 : RM 500.00
  • Darjah 4-6 : RM 600.00
  • SRA / KAFA : RM 200.00 (tambahan)
  • Kelas Khas : RM 600.00
  • Tingkatan 1-3 : RM 700.00
  • Tingkatan 4-5 : RM 900.00
  • Tingkatan 6 : RM 1,200.00
Syarat Khusus
  • Tidak mendapat biasiswa daripada mana-mana pihak.
  • Mendapat sokongan daripada Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan HEM/ Guru Biasiswa.
  • Pelajar bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan/ sekolah kerajaan atau Sekolah Agama Kerajaan Negeri atau Sekolah Agama/ Sekolah Tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.
  • Jika terdapat pelajar yang tidak mempunyai penjaga/ waris, permohonan bantuan adalah nama pelajar itu sendiri.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada pelajar.

Bantuan Persediaan Sekolah Berasrama

Tujuan

Membantu golongan asnaf bagi persiapan memulakan sesi persekolahan di sekolah berasrama.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Fisabilillah.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan untuk sekolah berasrama ialah sebanyak RM 1,000.00.

Syarat Khusus
  • Belum mendaftar masuk/ telah mendaftar tidak melebihi 3 bulan mana-mana sekolah berasrama di Malaysia.
  • Bantuan disalurkan sekali sahaja untuk sekolah berasrama.
  • Mendapat tawaran menduduki asrama di sekolah bantuan penuh kerajaan atau Sekolah Agama Kerajaan Negeri / Institusi Tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri/ Jabatan Pendidikan Negeri.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada pelajar.

Bantuan Pakaian dan Peralatan Persekolahan

Tujuan

Membantu meringankan beban perbelanjaan ibu/ bapa/ penjaga untuk menyediakan pakaian dan peralatan persekolahan anak-anak

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Fisabilillah.

Kadar Bantuan

Bergantung kepada keperluan semasa

Syarat Khusus
  • Dikhususkan penerima Bantuan Am Persekolahan.
  • Bantuan juga boleh dipertimbangkan kepada pelajar-pelajar yang tidak menerima Bantuan Am Persekolahan.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada pembekal yang dilantik.

Bantuan Biasiswa Sekolah

Tujuan

Meningkatkan motivasi dan memberi perangsang kepada pelajar untuk mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang persekolahan di peringkat sekolah menengah.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Fisabilillah

Kadar Bantuan
  • Tingkatan 1 - 3 : RM 1, 500.00
  • Tingkatan 4 - 5 : RM 2, 500.00
  • Tingkatan 6 : RM 3, 500.00
Syarat Khusus
  • Tidak mendapat biasiswa / tajaan dari mana-mana pihak
  • Cemerlang dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah.
  • Pelajar bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan / sekolah kerajaan atau Sekolah Agama Kerajaan Negeri atau Sekolah Agama / Sekolah Tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada pelajar.

Bantuan Tuisyen

Tujuan

Membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk mengikuti kelas-kelas tuisyen.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Fisabilillah.

Kadar Bantuan
  • Bagi pusat-pusat tuisyen terpilih/ rumah kadarnya adalah seperti berikut:
    • Maksimum pelajar Sekolah Rendah RM 300.00
    • Maksimum pelajar Sekolah Menengah RM 450.00
  • Bagi kerjasama melalui agensi kadar adalah tertakluk kepada permohonan dengan mengambil kira bayaran guru, penyelia, utiliti dan lain-lain
Syarat Khusus
  • Keutamaan kepada pelajar penerima Bantuan Am Persekolahan MAIWP.
  • Dilaksanakan sama ada di pusat-pusat tuisyen, lokasi bersesuaian atau di rumah mengikut keperluan pelajar.
  • Boleh dilaksanakan menerusi kerjasama pelbagai agensi atau swasta.
  • Maksimum 6 subjek bagi semua jenis peperiksaan.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada pusat tuisyen / guru / agensi

Bantuan Am Pelajaran IPT

Tujuan

Membantu asnaf dalam bentuk kewangan untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf & Fisabilillah.

Kadar Bantuan
  • Dalam Negara
    • Program Pra Persediaan (O Level / A Level / matrikulasi / Asasi / Program Pra) : Maksimum RM 1,000.00
    • Sijil / Program Profesional : Maksimum RM 2,000.00
    • Diploma : Maksimum RM 3,500.00
    • Ijazah Pertama : Maksimum RM 5,000.00
    • Ijazah Lanjutan (Master) : Maksimum RM6,000.00
    • Ijazah Lanjutan (PHD) : Maksimum RM 8,000.00
  • Luar Negara
    • Ijazah Pertama : Maksimum RM 8, 000.00
    • Ijazah Lanjutan : (Master / PhD) Maksimum RM 12, 000.00
    • Kursus Intensif Bahasa Arab di Markaz Bahasa, Mesir Maksimum : RM 3, 000.00
  • Bantuan maksimum sebanyak RM 2, 000.00 bagi pendapatan yang melebihi had kifayah RM 5, 000.00 sehingga RM 10, 000.00.
Syarat Khusus
  • Tempoh pengajian/ kursus yang diambil sekurang-kurangnya 6 bulan sama ada sepenuh masa / separuh masa.
  • Tidak mendapat biasiswa/ elaun (bukan berbentuk pinjaman) / tajaan penuh daripada mana-mana pihak.
  • Bidang dan institusi / universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan tidak bertentangan dengan Hukum Syarak.
  • Bantuan juga diberikan kepada pelajar / bekas pelajar / pelatih / penghuni di bawah institusi-institusi MAIWP yang dapat menyambung pengajian di universiti dengan mengambilkira had kifayah.
  • Kadar bantuan diberikan separuh bagi pengajian bukan sepenuh masa.
  • Permohonan daripada penduduk Islam dari Negara minoriti Islam / Negara miskin layak dipertimbangkan sebanyak RM1,000.00 setahun sepertimana berikut:
    • Bidang pengajian yang tidak menyalahi syara’;
    • IPTA / IPTS dalam Wilayah / luar Wilayah yang ditadbirurus oleh Kerajaan Negeri;
    • Tertakluk kepada pengiraan had kifayah;
    • Tidak menerima tajaan daripada mana-mana pihak.
  • Permohonan daripada penduduk luar wilayah yang membayar zakat harta kepada PPZ/ MAIWP layak dipertimbangkan seperti berikut :
    • Bayaran zakat minimum RM 1, 200.00 setahun kepada MAIWP;
    • Bantuan maksimum sebanyak RM 2, 000.00 bagi pendapatan yang tidak melebihi had kifayah RM 5, 000.00;
    • Bantuan maksimum sebanyak RM 1, 500.00 bagi pendapatan yang melebihi had kifayah RM 5, 000.00 sehingga RM 10,000.00.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada pelajar.

Bantuan Persediaan IPT

Tujuan

Membantu golongan asnaf untuk memulakan pengajian di institusi pengajian tinggi.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Fisabilillah.

Kadar Bantuan
  • Kadar maksimum bantuan untuk IPT dalam negara ialah sebanyak RM 1,500.00
  • Kadar maksimum bantuan untuk IPT luar negara ialah sebanyak RM 2, 500.00
Syarat Khusus
  • Belum mendaftar masuk mana-mana IPTA/IPTS atau selewat-lewatnya tidak melebihi 1 bulan daripada tarikh pendaftaran.
  • Pengajian sepenuh masa sahaja.
  • Bantuan disalurkan sekali sahaja pada setiap peringkat pengajian dalam tempoh setahun.
  • Lain-lain syarat khusus bantuan adalah tertakluk kepada syarat-syarat khusus pada Skim Bantuan Am Pelajaran IPT
  • Bagi program berbentuk persediaan seperti O Level / A Level / Matrikulasi / Asasi / program Pra juga layak dipertimbangkan bantuan RM 1,000.00.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada pelajar.

Bantuan Pelajaran Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI)

Tujuan

Membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian di Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI).

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Fisabilillah.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan adalah mengikut kategori berikut:-

  • Maksimum kadar elaun RM 500.00 sebulan.
  • Kadar yuran adalah mengikut kos yuran pengajian semasa di IPT berkenaan.
Pengecualian Syarat Umum

Boleh dipertimbangkan bagi kes-kes tertentu dengan pengecualian seperti berikut:

  • Bukan Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di luar Wilayah Persekutuan.
Syarat Khusus
  • Telah mendapat tempat belajar di Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI).
  • Tidak mendapat biasiswa / tajaan / elaun dari mana-mana pihak.
  • Semua peringkat kursus yang dilaksanakan di Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) adalah layak untuk dipertimbangkan bantuan.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI).

Bantuan Pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)

Tujuan

Membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian di Kolej Professional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL).

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Fisabilillah.

Kadar Bantuan
  • Maksimum kadar elaun RM 500.00 sebulan.
  • Kadar yuran adalah mengikut kos yuran pengajian semasa di IPT berkenaan.
Pengecualian Syarat Umum

Boleh dipertimbangkan bagi kes-kes tertentu dengan pengecualian seperti berikut:

  • Bukan Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di luar Wilayah Persekutuan.
Syarat Khusus
  • Telah mendapat tempat belajar di Kolej Professional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL).
  • Tidak mendapat biasiswa / tajaan / elaun dari mana-mana pihak.
  • Semua peringkat kursus yang dilaksanakan di Kolej Professional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) adalah layak untuk dipertimbangkan bantuan.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL).

Bantuan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang

Tujuan

Memberi tajaan biasiswa kepada pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian di peringkat IPT.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Fisabilillah.

Kadar Bantuan
Dalam Negara - Peringkat : Diploma / Ijazah pertama / Ijazah Lanjutan
  • Kadar yuran adalah mengikut kos yuran pengajian semasa di IPT berkenaan; dan
  • Elaun sara hidup dan buku mengikut keperluan semasa berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh JPA.
  • Kadar bantuan sebenar kepada setiap pelajar adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pemilihan Skim Biasiswa dari semasa ke semasa.
Luar Negara - Peringkat : Ijazah pertama
  • Kadar yuran adalah mengikut kos yuran pengajian semasa di IPT berkenaan; dan
  • Elaun sara hidup dan buku mengikut keperluan semasa berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh JPA; dan
  • Penetapan Kadar Bantuan Bagi Negara lain adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pemilihan Skim Biasiswa mengikut kesesuaian kos sara hidup Negara berkenaan.
Syarat Khusus
  • Tidak mendapat biasiswa / tajaan dari mana-mana pihak
  • Cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah (tiada melakukan salahlaku disiplin dan cemerlang ko-kurikulum).
  • Penetapan IPT dan bidang pengajian yang akan ditaja mengikut peringkat tajaan adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pemilihan Skim Biasiswa dari semasa ke semasa.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada IPT / Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) / pelajar.

Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran

Tujuan

Memberi insentif kepada para Huffaz di Wilayah Persekutuan bagi menjaga kesucian Al-Quran.

Asnaf

Fisabilillah

Kadar Bantuan

Terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

  • Kategori Sekolah - Juzuk Amma : RM500.00 setahun
  • Kategori Terbuka - Kadar bantuan adalah mengikut Juz iaitu:
    • Kategori 1 - 5 Juzuk : RM 1,250.00 setahun
    • Kategori 1 - 10 Juzuk : RM 2,500.00 setahun
    • Kategori 1 - 20 Juzuk : RM 5,000.00 setahun
    • Kategori 1 - 30 Juzuk : RM 7,500.00 setahun
    (Tertakluk kepada 1 Juzuk : RM 250.00)
Syarat Khusus
  • Mereka yang mampu menghafaz Al-Quran minima 5 Juzuk dan ke atas mengikut tahap hafazan serta memahami isi kandungan secara umum.
  • Pemohon akan diuji sekurang-kurangnya setahun sekali.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada penerima.

Bantuan Pemantapan Agama Islam

Tujuan

Bantuan ini adalah untuk asnaf mendalami ilmu agama Islam di Institusi Pendidikan Aliran Pengajian Islam dalam negara.

Asnaf

Fakir, Miskin dan Mualaf.

Kadar Bantuan
  • Maksimum kadar elaun RM 500.00 sebulan.
  • Kadar yuran adalah mengikut kos yuran pengajian semasa di Institusi pengajian berkenaan
Syarat Khusus
  • Telah menerima tawaran belajar di Institusi Pengajian.
  • Tidak mendapat biasiswa / tajaan dari mana-mana pihak.
  • Pengajian sepenuh masa.
  • Tempoh pengajian / kursus yang diambil sekurang-kurangnya 3 bulan.
  • Institusi yang berdaftar dengan mana-mana pihak yang diiktiraf oleh kerajaan.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada Institut Pengajian / pelajar

Bantuan Komputer Riba Kepada Mahasiswa

Tujuan

Membantu mahasiswa dari kalangan asnaf yang kurang berkemampuan mempunyai komputer riba bagi tujuan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Fisabilillah.

Kadar Bantuan

Sebuah komputer riba untuk setiap mahasiswa yang layak.

Syarat Khusus
  • Permohonan dibuka untuk mahasiswa yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat diploma / ijazah sarjana muda sahaja.
  • Pengajian sepenuh masa sahaja
  • Bantuan sekali sepanjang pengajian.
  • Lain-lain syarat khusus bantuan adalah tertakluk kepada syarat-syarat khusus pada Skim Bantuan Am IPT.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada pembekal yang dilantik.

Bantuan Penyelesaian Pembiayaan Pendidikan

Tujuan

Bantuan ini adalah untuk meraikan pelajar asnaf cemerlang yang berjaya menamatkan pengajian di IPT / IPTS

Asnaf

Al-Gharimin

Kadar Bantuan

Tertakluk kepada kadar sebenar pinjaman.

Syarat Khusus
  • Pelajar-pelajar bermastautin di Wilayah Persekutuan sahaja.
  • Lain-lain syarat khusus bantuan adalah tertakluk kepada syarat-syarat khusus pada Skim Bantuan Am IPT.
  • Mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir di peringkat pengajian.
  • Penetapan had keputusan peperiksaan adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal Wilayah Persekutuan.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada agensi peminjam.

TOP