Bantuan Zakat Untuk Perlindungan

MAIWP menyediakan pelbagai program agihan zakat bagi membantu melindungi para asnaf. Dapatkan maklumat, borang dan tatacara permohonan di bawah;

Syarat Bantuan

Anda boleh semak dan tentukan jika anda layak untuk menerima bantuan agihan zakat.

Borang Permohonan

Semak dan muat turun borang permohonan, isikan maklumat dan bawa bersama anda ke kaunter.

Kaunter Permohonan

Anda boleh memohon bantuan di semua kaunter cawangan Pusat Agihan Zakat (PAZA).

Deposit Sewa Rumah & Sewa Rumah Bulanan / Pusat Perlindungan

Tujuan

Bantuan ini adalah untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan bagi membayar deposit sewa rumah dan sewa rumah bulanan/ pusat perlindungan.

Asnaf

Fakir, Miskin dan Mualaf.

Kadar Bantuan
  • Kadar maksimum Bantuan Deposit Sewa Rumah/ Rumah Perlindungan RM3,000.00.
  • Kadar maksimum Bantuan Sewa Rumah/ Rumah Perlindungan seperti berikut:
    • Sewa Rumah Bulanan : Maksimum RM1,000.00 sebulan.
    • Sewa Rumah Perlindungan : Maksimum RM2,000.00.
Syarat Khusus
  • Tidak mempunyai rumah di Wilayah Persekutuan/ di sekitar kawasan Lembah Klang.
  • Tempat perlindungan di Luar Wilayah Persekutuan boleh dipertimbangkan dengan syarat penerima manfaat adalah asnaf di Wilayah Persekutuan.
  • Bantuan deposit yang diberikan kepada pemilik rumah/ agensi penyewaan hendaklah dipulangkan kembali kepada asnaf selepas perpindahan atau tamat kontrak sewaan.
  • Pemohon yang melebihi had kifayah sehingga RM100.00 layak dipertimbangkan di bawah Asnaf Miskin.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada agensi pemilik rumah.

Membina Dan Membaiki Rumah

Tujuan

Membantu asnaf untuk membina dan membaiki kediaman rumah.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Al-Gharimin.

Kadar Bantuan
  • Membina rumah:
    Maksimum bantuan RM120,000.00 termasuk RM20,000.00 untuk kelengkapan rumah.
  • Membaiki rumah:
    Maksimum bantuan RM50,000.00.
Syarat Khusus
  • Permohonan bina / baiki rumah mestilah di Wilayah Persekutuan sahaja.
  • Pemohon mesti mempunyai geran tanah sendiri atau mendapat kebenaran secara bertulis daripada pemilik-pemilik berdaftar; atau
  • Pemohon mestilah memiliki lesen menduduki sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.
  • Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan.
  • Pemohon masih belum memiliki rumah sendiri di mana-mana negeri di Malaysia.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada kontraktor / pembekal yang dilantik oleh MAIWP

Deposit Pembelian Rumah

Tujuan

Membantu asnaf untuk membiayai kos pendahuluan pembelian rumah

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Al-Gharimin.

Kadar Bantuan

Deposit membeli rumah pada kadar 10% daripada harga rumah.

Syarat Khusus
  • Pembelian rumah mestilah di Wilayah Persekutuan sahaja.
  • Pemohon mestilah mempunyai tanggungan dan bagi pemohon yang sudah tiada tanggungan, kemampuan anak-anak diambil kira.
  • Pemohon masih belum memiliki rumah sendiri di mana-mana negeri di Malaysia.
  • Tertakluk kepada pembelian rumah berharga maksimum RM300,000.00
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada pihak pemaju perumahan/ pemilik rumah asal.

TOP