Bantuan Zakat Untuk Perubatan

MAIWP menyediakan pelbagai program agihan zakat bagi membantu melindungi para asnaf. Dapatkan maklumat, borang dan tatacara permohonan di bawah;

Syarat Bantuan

Anda boleh semak dan tentukan jika anda layak untuk menerima bantuan agihan zakat.

Borang Permohonan

Semak dan muat turun borang permohonan, isikan maklumat dan bawa bersama anda ke kaunter.

Kaunter Permohonan

Anda boleh memohon bantuan di semua kaunter cawangan Pusat Agihan Zakat (PAZA).

Bantuan Perubatan Am

Tujuan

Bantuan ini adalah untuk meringankan beban kewangan dalam mendapatkan rawatan dan perkhidmatan serta bekalan perubatan.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Al-Gharimin.

Kadar Bantuan

Berdasarkan keperluan yang disarankan oleh pusat perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan/ keperluan yang disyorkan oleh pihak yang diberi kuasa.

Syarat Khusus
  • Telah disahkan sakit / disyorkan keperluan oleh pihak yang diberi kuasa.
  • Menyatakan maklumat keperluan rawatan.
  • Permohonan daripada bukan warganegara layak dipertimbangkan bagi asnaf Fakir dan Miskin sahaja yang mendapatkan rawatan di Hopsital Kerajaan/ separa Kerajaan sahaja.
  • Rawatan alternatif/ terapi perubatan alternatif adalah layak dipertimbangkan.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada pusat perubatan/ pembekal selepas pemohon menerima rawatan/ bekalan.

Bantuan Peralatan Kesihatan

Tujuan

Bantuan ini adalah untuk meringankan beban kewangan asnaf dalam mendapatkan keperluan peralatan kesihatan.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf & Al-Gharimin.

Kadar Bantuan

Berdasarkan keperluan yang disarankan oleh pusat perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan/ pihak yang diberi kuasa.

Syarat Khusus
  • Telah disahkan sakit/ disyorkan keperluan oleh pihak yang diberi kuasa.
  • Menyatakan maklumat keperluan rawatan.
  • Permohonan daripada bukan warganegara layak dipertimbangkan bagi asnaf Fakir dan Miskin sahaja yang mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan/ separa Kerajaan sahaja.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada pusat perubatan / pembekal selepas pemohon menerima rawatan / bekalan.

Bantuan Dialisis

Tujuan

Meringankan beban kewangan dalam mendapatkan rawatan.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf & Al-Gharimin.

Kadar Bantuan

Penetapan kadar bantuan berdasarkan pendapatan isi keluarga termasuk anak-anak yang telah bekerja.

Jenis - Jenis Bantuan

Haemodialisis, CAPD, APD dan DAPD.

Syarat Khusus
  • Telah disahkan sakit oleh pusat perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Menyatakan maklumat keperluan rawatan.
  • Pemilihan pusat rawatan berdasarkan saranan pusat perubatan dan penetapan pada pusat rawatan yang dilantik.
  • Permohonan daripada Bukan Warganegara layak dipertimbangkan bagi asnaf Fakir dan Miskin yang mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan / separa Kerajaan sahaja.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada pembekal yang dilantik.

Bantuan Orang Kelainan Upaya (OKU)

Tujuan

Bantuan ini adalah untuk membantu kelangsungan hidup (survival) terhadap golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), Autisme, Disleksia dan seumpamanya dalam bentuk jagaan / pemulihan / rawatan secara harian.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Al-Gharimin.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan adalah seperti berikut:

  • Kadar bantuan Yuran penilaian dan pendaftaran maksimum RM2,500.00.
  • Kadar bantuan Yuran bulanan maksimum RM2,000.00 sebulan.
Syarat Khusus
  • Telah disahkan sebagai OKU / menghidap permasalahan disleksia atau autisme serta disyorkan mendapat rawatan pemulihan oleh pihak yang berautoriti.
  • Bantuan diberikan kepada OKU yang telah berdaftar di pusat jagaan khas dan pemulihan.
  • Pusat rawatan / pemulihan mestilah yang berdaftar dengan pihak berkuasa.
  • Bantuan meliputi kos rawatan pemulihan, pembelajaran, pengangkutan dan lain-lain.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada pusat rawatan / pemulihan.

TOP